Dua pemuda maut kemalangan berasingan
KOTA BHARU - Dua pemuda maut dalam kemalangan berasingan melibatkan motosikal bertembung dengan kereta Proton Kenari dan pada kejadian lain kereta Proton Satria terbabas.
Dua mangsa terbabit, Amir Afrieza Ismail, 23, dari Kedai Mulong maut semasa dalam perjalanan ke Politeknik Kota Bharu setelah motosikalnya berlanggar Proton Kenari di Kadok dan mangsa lain, Abdul Hadi Mohd Razlan, 24 maut setelah terbabas dan keretanya melanggar pokok di jalan Kem Desa Pahlawan.
Dalam kejadian kemala-ngan jalan raya melibatkan Amir Afrieza di jalan Kadok setelah mangsa dalam perjalanan ke kelas pagi di politeknik berkenaan kira-kira jam 7 pagi semalam.
Abang mangsa, Jamsari Ismail, 35, berkata, adiknya yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Kejuruteraan Elektrik berulang-alik ke kelas di politeknik berkenaan setiap hari.
“Saya tinggal berhadapan dengan rumah mak di Kedai Mulong dan pada pagi ini saya lihat arwah tidak bersalaman dengan mak dan ayah sebelum pergi ke kelas.
“Kebiasaannya, dia tidak lupa untuk bersalaman dengan keluarga setiap kali ingin keluar rumah dan mungkin ini petanda pelik sebelum arwah dikhabarkan maut setelah saya menerima panggilan telefon daripada pendududk di Kadok,” katanya kepada Sinar Harian di Unit Forensik, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, di sini, semalam.
Beliau berkata, adiknya sebelum ini sudah mempunyai sijil dalam pengajiannya tetapi atas sebab minat belajar, arwah mengambil inisiatif menyambung pengajian.
“Saya tidak pula menyang-ka dia tidak sempat habiskan pengajiannya dan saya lihat dia seorang yang rajin bekerja dan sebelum ini pernah bekerja dengan syarikat dimiliki bangsa Cina,” katanya.
Menurutnya, adiknya cedera di kepala setelah motosikal jenis EX5 yang ditung-ganginya berlanggar dengan kereta jenis Kenari.
Sementara itu, pada kejadian di tempat berlainan, kira-kira jam 5.45 kelmarin, Abdul Hadi pula maut setelah kenderaan yang dipandunya terbabas.
Arwah yang berasal dari Sungai Durian, Kuala Krai dikatakan tidak dapat mengawal kereta Proton Satria lalu melanggar pokok di jalan Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, di sini.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah mengesahkan menerima laporan mengenai kedua-dua kejadian.
![]() |
Satria GTi yang terputus dua |
![]() |
Sebahagia daripada Satria GTi yang terputus dan tersangkut pada pokok |
![]() |
Engine yang tercampak keluar |
![]() |
Satria GTi sebelum kemalangan |